hari ni dah masuk 18 ramadhan... dah nak raye rupenyer... persiapan raye mcm biaselah, aku just beli ape yang patut... sepasang baju melayu baru sudah cukup... almaklumlah, sudah 3 atau empat tahun aku tidak mengenakan baju raya baru.... sekadar memakai apa yang ade... Alhamdulillah, tahun ni adelah rezeki skit.. boleh lah aku beli sedikit keperluan untuk hari raya...
InsyaAllah, hari jumaat (17hb. Ogos 2012) akan balik ke kampung.... di terengganu.. sangat2 tidak sabar untuk pulang ke kampung... meraikan aidilfitri walaupun pada hakikatnya tiada lagi hari raya sejak kehilangan seorang adik beradik tercinta... seperti tahun lepas, aku dapat rasakan ade sesuatu yang kurang... seperti keluarga aku tidak lagi lengkap... tp apa boleh aku katakan, ketentuan Allah itu maha sempurna berbanding perkara yang kita tentukan sendiri... aku redha dengan apa yang berlaku, namun kesedihan yang aku alami, tak mampu aku selindungkan.... air mata tetap mengalir walaupun bibir cuba melemparkan senyuman....
walau apapun yang terjadi, kehidupan mestilah diteruskan... tidak kira apa jua rintangan.....