03 December 2010

Semester 1

antara kite sedar atau tidak.... mase akan terus berlalu..tanpa sesaatpun menanti kita.... begitu juga dengan aku... sekejap rasanya.. habis sudah semester 1 program masterku yg amat mencabar minda.. berbeza sekali dengan pengajian degree dulu... kini aku terpaksa lebih berdikari untuk itu dan ini...pengalaman suka duka mengajar aku untuk terus menjadi orang yang lebih dewasa... ada kala hati terasa amat berat untuk meneruskan semua ini... namun sehingga kini..aku masih berjaya meneruskan impian ku... tp sejauh mana aku mampu berjalan dan setakat mana kaki ini mampu melangkah.... itu masih belum dapat aku perjelaskan.. hanya masa yang akan menentukan itu semua...

tidak seperti dulu... kini aku terpaksa menyarung kemas tubuh lemahku dengan kemeja lengan panjang... berseluar slack dan berkasut melangkah masuk ke dewan kuliah...mencari identiti sebagai pendidik agak sukar bagiku kerna aku yang terlalu simple dari segi pemakaian membuatkan rase sedikit terbeban... namun hari makin hari.. aku sudah terbiasa dengan itu semua...kekadang terasa bangga kerna aku sentiasa berpakaian agak kemas untuk menghadirkan diri ke bilik kuliah


muke yang still bengkak.. sebab baru bangun dari tidur..

aktiviti sosial....... agak lebih dari dulu...tidak seperti dulu lagi, aku sentiasa terpinggir...namun kini aku lebih aktif untuk itu...mungkin faktor kebendaan membuatkan orang menerima dan meminggir seseorang... entoh kenape manusia sekarang lebih memandang itu semua.. dan bukannya persahabatan sejati...

perkenalan dengan En. Mohd Fazdhli bin Zakaria terlalu banyak membantu aku untuk memberi motivasi... tidak kira dari sudut akademik mahupun sosial aku... tidak terbalas rasanya jasa seorang sahabat yang baru ku kenal ini...ketulusan hati budi membuatkan aku terasa erti persahabatan itu semakin bermakna...aku mula mengerti apa itu apa yang dikatakan sahabat...


En. Mohd Fazdhli bin Zakaria

tidak dilupa juga perkenalan dengan kawan sekuliah yang mmg best... boleh berseronok bersama walaupun ade kalenya bermasam muke... dalam adat berkawan... itu bende yang biase.. walaupun masing2 dengan jiwa masing2 tp kami masih boleh meluangkan masa untuk beraktiviti di luar waktu kelas... sambil mengeratkan perhubungan dan melepaskan sedikit rasa tekanan dalam pelajaran


Aktiviti berbuka puasa


bersame bergembira... membuatkan kenangan itu lebih manis... bile memandang kembali foto yang di ambil untuk tatapan bersama.....


Beraya bersama keluarga angkat di Parit Bakar, Muar


aktiviti akademik di luar kelas/kampus dimulakan dengan program Jalinan Bestari Komuniti... di Mukim Parit Bakar, Muar... di sini lah titik bermulanya program kemasyarakatan yang aku sertai... walaupun pada mulanya kami dipaksa rela dan dengan rasa yang amat terpaksa kami semua berangkat kesana... tetapi bagi aku, ianya tidak sebagai mana yang aku fikir sebelum ini.. perkenalan dengan keluarga anggat selama 3 hari 2 malam amat menggembirakan...dengan aktiviti yang dirancang... aku rasa sangat gembira... penglibatan kali pertama aku dalam aktiviti sebegini ternyata amat bermakna dalam hidup aku..


Tersenyum gembira


demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan...jauh kaki ini melangkah ke kuala lumpur bersama teman seperjuangan... tanpa mengenal tempat yang ingin di tujui... lebuh raya kami redah..kota raya kami terjah... berbekalkan sedikit pengetahuan yang kami ada... sampai jugak kami ke Kolej Poli-Tech Mara, Cheras.... maklumat yang dihendaki banyak diperoleh disana.. walaupun sangat penat dan memerlukan sedikit perbelanjaan... tp kami puas kerna berjaya memperolehi apa yang kami hajati...


Sesi minum petang setelah selesai temuramah bersama tokoh


maklumat yang diterima kami salurkan kepada murid-murid di Sek Men Vokasional Kluang Johor sewaktu Program Pameran yang kami sendiri anjurkan...kami sendiri melakukan itu dan ini..bermula dari awal sehingga akhir... berbekalkan tunjuk ajar dan bantuan dari panyarah dan guru sekolah...Alhamdulillah...program yang julung2 kami kami kendalikan berjalan lancar... dan aku buat kali pertama memikul tanggung jawab sebagai Ketua Biro Teknikal yang ditugaskan untuk mengendalikan barangan yang sepatutnya untuk digunakan sewak tu program... bersama sama mengerah tenaga bersama ahli ahli biro... segala kelengkapan berjaya kami sediakan walaupun masih terdapat kekurangan dan permintaan yang tidak dapat kami penuhi akibat kekangan yang memaksa...namun itu semua bukan masalah besar buat kami... perkembangan kognitif yang semakin meningkat membuatkan kami lebih bijak berfikir...hasilnya... kami tetap berjaya melakukannya.... walaupun sebenarnya ada kisah sedih dan mengecewakan di sebalik itu... biar ku simpan jadi kenangan...


Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, MBV (Seksyen 1)


aktiviti semester ini di akhiri dengan lawatan subjek Pedagogi di Bakri, Muar, Johor.... walaupun pada awalnya, pensyarah kami sendiri kurang bersetuju untuk ke sana, namun berkat usaha pengarah program.. En. Syed Mohamad Aizuddin.... dan kerjasama yang baik warga Maktab Teknik PDRM...aktiviti yang dijalankan adalah amat menarik dan memberikan pengalaman baru pada kami semua... didedahkan dengan bom tangan...letupan-letupan yang telah dirancang sebagai gimik...simulasi menembak dan aktiviti menembak menggunakan senapang sebenar amat memberi satu kenangan yang bermakna buat aku...


bersama pegawai di Maktab Teknik PDRM, Muar, Johor

begitulah sedikit sebanyak ceritera aku bersama rakan sekuliahku untuk semester ini... diharapkan kami akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang berakhir semalam dan diberi kesempatan daripada Ilahi untuk meneruskan pengajian kami...


**info ringkas
En. Syed Mohamad Aizuddin telah berhenti dari pengajian ini kerana telah mendapat pekerjaan di sektor awam... dan baru saja menimang cahaya mata... tahniah aku ucapkan...