24 November 2011

assalamualaikum.....

kire2nye sudah lame aku tidak update blog aku ni... sehinggekan aku sendiri tidak tahu dari mane hendak aku mulakan cerite aku.. (ade yg nak dengar ke?... ha3)....

pertamanya aku dah masuk sem baru (final sem utk program master aku)... sebenarnye dah lame dah masuk... after raye aidilfitri lagi.. hu3.... cerita pasal raya... seperti yang aku jangka, raya tahun ni antara paling yang tidak best... seawal pagi raya air mate aku dah mengalir... melawat pusara arwah kakak membuatkan aku menangis dan terus menangis... tidak mampu melakukan apa-apa selain mengalirkan air mata yang mencurah tanpa henti..... umpamanya aku masih tidak mampu menerima kenyataan yang dia sudah tidak lagi bersama kami.... balik dari menziarah pusara, rumah aku itu, aku kelilingi, umpama mencari sesuatu yang hilang... ya aku mencari kenangan dulu.. kelibat kecik itu masih lagi dapat aku bayangkan... bermain bersama anak kecil tidak lama dulu...

kampung terus aku tinggalkan, demi untuk mengejar cita-cita, beratus baru aku rempuh bersama kereta kecil perberian papa... sehingga sampai di parit raja, batu pahat, johor... sendirian merentasi jalan penuh keringat... seperti tidak mampu untuk meneruskan perjalanan.. namun demi harapan dari kedua mama dan papa, aku teruskan jua... disambut dengan senyuman sahabat yang sudah berbulan tidak berjumpa.. membuatkan aku kembali senyum.. namun pengajian untuk semester akhir agak berat untuk aku harung...

sebulan berlalu aku dengan rutin harian ku... kampung yang jauh, tak pernah aku lupa.. kerap kali menelefon teman dan saudara di kampung... berita tidak diduga menerjah ke gegendang telinga membuatkan aku seidkit resah.. tok wan (bukan nenek kandung aku, tp dia sudah aku anggap macam nenek aku sendiri) kerap kali tidak sihat... dan akhirnya dimasukkan ke hospital.. seminggu di hospital, keadaan tok wan masih lagi sama... hati kecil aku dapat merasakan sesuatu... hati nekad untuk pulang... malam itu aku pulang ke kampung... niat untuk menziarah tok wan di hospital aku tangguhkan kerana terlalu letih... sehingga petang menjelma barulah aku bersiap untuk ke hospital... sebelum enjin kereta dihidupkan.. telefon berdering lagi suare terketar di hujung talian "tok wan dah nazak... cepatlah datang".... bergegas aku menuju ke hospital... sampai di persimpangan terakhir manuju ke hospital.... telefon berlagu lagi... hati sudah tidak sedap... sepertinya tidak mahu dijawab kerana akan ada berite yg tidak ingin ku dengar... ternyata tekaan aku betul... tok wan pergi mengadap Ilahi (jam 5.40 petang, 29/9/2011) sebelum aku sempat aku menatap wajah tua itu.... Al-Fatihah untuk arwah Ramlah bt Mohamad....

seminggu aku dikampung, selesai tahlil selama 7 hari... barulah aku kembali ke batu pahat... cuba untuk melupakan kenangan sedih... aku cuba tumpukan perhatian pada pelajaran aku...

******************************************

bersambung...........................