13 April 2008

UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi, serta pendidikan teknik dan vokasional. Universiti ini mempunyai dua bahagian kampus iaitu, Kampus Induk dan juga Kampus Bandar.

Sejarah

UTHM bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993. Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sebahagian komitmennya terhadap pengurusan yang berkualiti, KUiTTHO telah memperoleh sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM untuk pelaksanaan pengurusan akademiknya sejak akhir tahun 2001. Pada 1 Februari 2007, nama KUiTTHO telah ditukarkan kepada nama sekarang iaitu "Universiti Tun Hussein Malaysia" sempena penaiktarafan institut ini daripada kolej universiti kepada universiti.

Perubahan nama

  • Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) - 1993
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)- 1996
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)- 2001
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)- 2007

Kolej kediaman

Di UTHM, asrama tempat tinggal bagi siswa serta siswi dipanggil "kolej kediaman" (KK). Istilah ini mula digunakan selepas institut ini mendapat gelaran universiti, istilah lamanya adalah "desasiswa". Kolej kediaman ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, dalam kampus (bagi pelajar kejuruteraan) dan luar kampus (selalunya bagi pelajar di kampus bandar serta PALAPES).

  • Dalam kampus
    • KK Tun Dr. Ismail
    • KK Tun Fatimah
    • KK Tun Syed Nasir
  • Luar Kampus
    • KK Perwira
    • KK Melewar

No comments: