28 August 2008

al-fatihah

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis, Zalina Sulong, 23, yang menunggang motosikal maut selepas dirempuh dua buah motosikal yang dipercayai sedang merempit di Kampung Tok Dir dekat sini petang kelmarin.

Malah salah seorang mat rempit itu yang berusia 20 tahun turut meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.40 malam kelmarin.Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut hanya mengalami cedera ringan dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Dalam kejadian tersebut, gadis malang itu dirempuh ketika sedang membelok ke arah kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tok Pong berhampiran tempat kejadian selepas pulang dari kerja di Chendering kira-kira pukul 6.40 petang. Menurut ibu mangsa, Semek Mamat, 50, kawasan tersebut sering kali menjadi tumpuan mat rempit, tetapi tidak menyangka kerisauannya terhadap gejala itu meragut nyawa anaknya sendiri.

"Orang kata, dua hingga tiga buah buah motosikal yang sedang berlumba merempuh anak saya yang hendak membelok ke kanan ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.

Menurutnya, dia bergegas ke tempat keja- dian selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum melihat anaknya sudah terbaring berlumuran darah.Katanya, dia dimaklumkan orang kampung yang melihat kejadian yang meragut nyawa anak keduanya itu, salah sebuah motosikal yang ditunggangi mat rempit tersebut telah menyeret anaknya sejauh kira-kira 20 meter.

*******ni berite kat kampong aku... ni... entoh2 yang langgor tu... geng2 bengong (budok kg itek)... mmg cap ayam ah geng2 ni... wak nyusoh ke orang ramai... dok pon geng geng kero undang.. amer ekong ker... sebab geng2 tu je hok main line tok dir tu..... esok aku siasat... siape punye keje ni...

No comments: