26 October 2009

KEMAMAN - Seorang ibu, Zaimah Abdullah, 30, kesal tidak sudah kerana tidak percaya dengan kata-kata jiran yang memaklumkan anaknya Mohd. Idris, 4, masuk ke kawasan kolam kumbahan di Taman Rakyat Bestari, Kampung Bukit Kuang, Telok Kalong di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, wanita itu tidak menghiraukan kata-kata jirannya kerana menyangkakan anaknya mungkin tiada di rumah kerana pergi ke kedai runcit membeli gula-gula.

Jiran itu memaklumkan, kanak-kanak itu enggan keluar dari kawasan kolam itu walaupun dia sudah menegahnya.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, jiran sama datang semula ke rumah Zaimah dan memaklumkan Idris dilihat sudah jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.

Sambil meraung memanggil Idris, Zaimah berlari ke kolam kumbahan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Sampai di kolam itu saya hanya nampak sepasang selipar Idris di situ tetapi Idris tidak kelihatan," ceritanya.

Memikirkan sesuatu yang buruk menimpa Idris, Zaimah terus membuat laporan polis dan menghubungi Bomba dan Penyelamat.


** Taman ni KOPERAT yang buat... Glemer ah aku lepas ni. ha3

No comments: