19 January 2010

UTUSAN malaysia

Artifak lombong Bukit Besi diwarta

DUNGUN 19 Jan. - Kerajaan negeri akan mewartakan semua artifak peninggalan kawasan perlombongan Bukit Besi dekat sini, sebagai bahan bersejarah sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan utama negeri.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya akan meminta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyiapkan laporan lengkap berhubung cadangan itu untuk diserahkan kepada Muzium Negeri bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, walaupun kerajaan negeri bercadang membuka semula kawasan perlombongan itu, semua artifak bersejarah akan dikekalkan.

''Kita tidak akan musnahkan artifak itu kerana banyak kawasan perlombongan di negara lain dikekalkan dan dijadikan bahan bersejarah," katanya semasa melawat kawasan peninggalan perlombongan bijih besi di sini semalam.

Bandar Bukit Besi sendiri satu ketika dulu merupakan bandar paling maju pada awal tahun 1920-an sehingga ditutup pada tahun 1974 selepas ia dikatakan mengalami kemerosotan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan negeri telah memutuskan kawasan perlombongan itu yang kini terbiar akan menjadi sebahagian lokasi bersejarah.

Katanya, projek pengeluaran semula bijih besi akan dimulakan selepas kajian kesesuaian dilakukan oleh sebuah syarikat perunding.

Menurutnya, kawasan berkenaan dikatakan masih menyimpan sebanyak lima juta tan besi.

Beliau memberitahu, ia akan dibangunkan semula selepas beberapa urusan berkaitan termasuk penubuhan sebuah konsultan diwujudkan kelak.

_____________________

aku kalau bab bukit besi ni mmg aku suke... ha3.. bukan ape.. kalau nok tahu dulu ayoh aku keje kat bukit besi... tp bukan kat lombong... ayoh aku keje kat kilang papan situ.... dengan hasil keje kat bukit besi tu lah... ayoh aku besorkan aku... serte adik beradik aku... sekarang ayoh aku pencen dos.. bulan 5 hari tu...

boleh kate, bukit besi byk berjase dlm tumbesaran aku... ha3

No comments: