20 January 2011

permata hati MUMMY


aku terdiam seketika....fikiran jauh melayang entah kemana tujuannya... tibe-tibe terbayang wajah ank sedare tersayang.. syed faris . waris tunggal tinggallan arwah Kartini bt Mat Nasir yang menjadi penambah seri dalam keturunan kami... banyak mewarisi sifat-sifat mummynya... baik dari segi wajah mahupun tingkah laku yang keras hatinya... tetap pendiriannya... senyum manisnya... melihatkan wajah kesayangan aku itu... membuatkan aku terfikir akan insan yang sudah tidak mempunyai ibu utk berkasih sayang....



tidak pernah aku terfikirkan sebelum ini... bagaimana rasanya kehidupan tanpa seorang ibu... tempat mengadu nasib.. tempat berbual mesra.. pada usia menjangkau 4 tahun... terlalu awal untuk anak sekecil itu kehilangan tempat untuk bermanja... betapa itu suatu perkara yang amat berat untuk dirempuh...

teringat satu masa dulu adik (panggilan kpd syed faris) tidak lagi mahu dipanggil adik.. sebab tak lame lagi.. adik akan menjadi abang kepada adik baby yg bakal menjelma... ada kala bila aku memanggilnya adik, anak kecil tu akan menjawab "abang lah, bkn adik"... tersenyum aku sendirian memikirkan betapa anak kecil itu tidak sabar untuk menerima orang baru dalam keluarganya.. begitu juga aku... kadang2 terfikir sendiri "lambat lagi ke aku nk dapat anak sedare baru"...

seringkali tokma (mama) mengusik anak kecil itu " nnt bile ade adik baby, sape nok jage.. tokma tak mboh (tak nak) jaga... anak kecil itu terdiam.... "dop ape lah... nanti abang bawak lah adik baby pegi sekolah" sebab mengikut perancangan arwah mammy.. tahun ni syed faris akan dihantar ke sekolah...

pernah juga anak kecik itu mengeluh resah pada mummynya... "mummy... tokma tak mboh jaga adik baby., sape nok jage adik baby nanti"... tokma hanya tergelak kecil bila arwah bercerita mengenai perkara itu... siape sangke, gurauan tokma ternyata menjadi kenyataan... tokma benar-benar tidak menjaga adik baby kerana arwah telah membawa anak itu pergi menemaninya buat selama-lamanya...

mungkin ada pengganti yang bakal menggantikan arwah mummy faris.. tp adekah anak itu akan menerima kasih sayang yang sama sepertimana yang dicurahkan oleh arwah kepada anak kesayangannya itu... aku yakin sudah semestinya tidak... tiada siapa yang mampu memberikan kasih sayang yang sama sepertimana seorang ibu menyayangi anak mereka sendiri...


sama seperti arwah mummynya... syed faris juga suka beraksi di hadapan kamera... ade saje lagak yang hendak di tunjukkan pada kami... bergitu juga dari segi berpakaian... sentiasa mahu kelihatan kemas... sama seperti arwah mummy yang sentiasa mahu kelihatan cantik... bila diamati betul2... memang anak ini betul mewarisi sifat sepertimana arwah mummynya.. bukan menafikan sifat genetik yg juga turut sama diturunkan oleh papa faris... cuma aku hanya lebih memahami sifat mummy faris berbanding papa nya....

bila terfikirkan anak sedareku ini... aku menjadi terharu dengan apa yang dialami olehnya... seorang anak yang agak memendamkan rasa sedih dan rindu itu dalam hati... suatu masa dlu ketika arwah mummy masih di hospital.. pernah juga aku bertanya"mummy adik mane?".. mulut anak itu umpama terkunci... diam seribu bahasa... soalan yang sama aku ajukan berulang kali... namun faris hanya berdiam... lantas anak itu mengalih topik yang cuba aku ketengahkan dengan bercerita mengenai perkara lain... aku faham... anak mana yang mahu kehilangan ibu...

"mummy demam.. sebab itu orang tanam mummy"... ayat yang keluar dari mulut si cilik itu bila ditanyakan mengenai mummynya... anak itu melihat dengan kedua matanya sendiri bagaimana mummy kesayangannya itu di kebumikan di tanah perkuburan islam kampung tasek... tanah tumpah darah keturuanan kami....

Papanya juga perah bercerita : pada suatu hari, hujan turun dengan lebat, anak itu bersuara.. "Pa, gi lah buat atap ke mummy, kesian mummy kene hujan"... hati mane yang mampu menahan sebak bila mendengarkan itu... kasih sayang seorang anak kepada ibu.. walaupun perkataan yang dikeluarkan oleh anak kecik itu seperti satu gurauan yang tidak munasabah.. tp itulah luahan rase kasih yang mampu terlintas oleh anak kecil yang masih belum mampu berfikir sepernuhnya...

aku : adik, mummy pesan ape ke adik?
syed faris : mummy pesan, jgn maen panas... jgn maen hujan... besor nanti, jadi orang kaye..

aku sekadar tersenyum menahan runtun jiwa yang menerjah ke hati sebaik mendengarkan pesanan yang menjadi amanat kepada anak kecil itu...

semoga anak kecil ini akan membesar dengan sempurna, rohani dan jasmaninya... menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... mampu untuk membanggakan kami semua... itu harapan aku... kepada anak bernama SYED FARIS HAIKAL BIN SYED AHMAD FAKRULRAZI..

No comments: