10 June 2008

biase biase jer


KUALA TERENGGANU - Aksi heret kepala di atas jalan raya.

Begitulah gaya tunggangan 'berani mati' yang kini dikatakan semakin menjadi kegilaan di kalangan mat rempit di Terengganu.

Lagak ala pelakon ngeri itu semakin kerap ditunjukkan oleh mat rempit dengan menjadikan laluan di Jalan Sultan Mahmud di sini, sebagai gelanggang aksi mereka.

Salah seorang pembaca Kosmo! yang ingin dikenali sebagai Salam memberitahu, beliau terserempak dengan mat rempit menunjukkan aksi yang dianggap paling 'ekstrem' itu pada waktu malam minggu lalu.

Menceritakan gaya tunggangan yang dimaksudkan itu, ujarnya, mat rempit menaiki motosikal dengan membonceng rakan di belakang.

Jelasnya, penunggang akan membuat wheelie dan dalam masa yang sama pembonceng berbaring hingga topi keledar yang dipakainya mencecah permukaan jalan raya.

"Penunggang akan memecut kenderaan sehingga kelajuan 80 kilometer sejam dan mengheret rakannya yang kepalanya bergesel dengan jalan raya," katanya ketika menghubungi Kosmo!.

Katanya, lebih mengejutkan apabila pembonceng berkenaan tidak memegang rakannya atau mana-mana bahagian motosikal.

"Hanya pedal motosikal yang digunakan bagi menahan kedua-dua belah kakinya. Aksi ini memang bahaya dan saya terperanjat mereka berani buat macam tu," katanya.



p/s: hek eleh... macam ni pun nak masuk paper.... dah biase sgt lah wei... namer pun mat rempit.... aku gian nak lumbe haram sebenarnyer ni.... he3... lambatnyer balik....

1 comment:

Anonymous said...

leh x tlg pesan kt pembonceng kt blakang tu..xyah la susoh2 pakai helmet..klu betul2 nk jd mat rempit sgt laa..hehe..