SELUAR jean Levi’s 501 yang berpotongan lurus dan berbutang sememangnya menjadi kegilaan ramai kini diperkemaskan bagi memenuhi kehendak pemakai seluar jean tersebut.
“Levi’s 501 kini lebih moden. Ia merupakan jean yang menjadi ikutan selama beberapa tahun kerana kami mengekalkan pemilihan fabrik, perincian dan rekaan yang kontemporari,” kata Pengurus Jenama Levi’s, Anitha Narayanan mengenai jean baru itu yang akan dilancarkan di seluruh dunia bulan depan.
Pada pelancaran besar-besaran di seluruh dunia itu, satu kempen berjudul Live Unbuttoned turut dilancarkan.
Penutup butang akan turut diperkenalkan bagi menambah keseronokan pemakainya semasa proses ‘membuka butang’.
Beliau menambah, jean Levi’s 501 akan menerajui pemakaian seluar denim bagi tahun ini dan akan kekal menjadi jean pilihan bagi mereka yang suka bergaya dengan jean.
No comments:
Post a Comment