24 September 2008

hadioh raye

PUTRAJAYA - Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen mulai hari ini, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

Abdullah menyatakan perkara tersebut dalam kenyataan medianya yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Abdullah berkata, pelarasan harga baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol di pasaran dari 1 September hingga 22 September lalu.

Katanya, walaupun harga minyak dunia menunjukkan sedikit penurunan, namun nilai ringgit berbanding dolar Amerika juga menyusut menyebabkan pengurangan sebanyak 10 sen itu merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan kerajaan.

"Justeru adalah menjadi harapan kerajaan agar pelarasan ini akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini," kata Abdullah.

Penurunan harga bahan api ini merupakan kali kedua selepas yang pertama pada 23 Ogos lalu.

Dalam pelarasan sebelum ini, harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen kepada RM2.55 daripada RM2.70 seliter manakala RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 daripada RM2.62 seliter. Diesel pula dikurangkan 8 sen seliter kepada RM2.50 daripada RM2.58 seliter. - Bernama

No comments: