09 December 2009

TAX1886.....Hanyer sekadar IMPIAN

sile bace utusan malaysia, bahagian dalam negeri, page 13

TAY 1 berharga lebih RM200,000

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Belum pun dikeluarkan, nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 sudah menerima tempahan yang luar biasa daripada pihak yang berminat.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, setakat ini beliau telah menerima dua panggilan telefon daripada orang awam yang berminat untuk membeli nombor pendaftaran itu.

Katanya, kedua-dua mereka menawarkan harga lebih daripada RM200,000 untuk membeli nombor pendaftaran tersebut.

‘‘Bagaimanapun saya menyatakan mereka perlu bersabar dan menunggu tender dibuka iaitu pada Mac ini dan permohonan perlu dibuat mengikut prosedur.

‘‘Sebelum ini, beberapa nombor pendaftaran lain di negeri ini turut mendapat bidaan tender yang dilihat begitu tinggi,” katanya ketika ditemui selepas Hari Pengarah JPJ Terengganu Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tender nombor pendaftaran TAN 1 adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak RM200,090.

‘‘Tender terbaru iaitu TAX 1, baru diluluskan dengan harga RM165,000. Kami menerima sebanyak 1,560 borang permohonan untuk memiliki nombor tersebut yang merupakan jumlah pembida tertinggi setakat ini.

‘‘Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk setiap nombor pendaftaran yang kami terima hanyalah kira-kira 800 borang permohonan,” ujarnya.

Abdul Rahman berkata, beliau melihat keadaan itu berlaku kerana masyarakat di negeri ini semakin sedar bahawa nombor pendaftaran kenderaan kini boleh ditender dan dibeli.

‘‘Selain itu, keadaan ekonomi penduduk negeri ini yang baik menyebabkan mereka mampu membeli nombor pendaftaran kenderaan dengan jumlah yang mahal,” katanya.


** banyok betul duit org... kaye lah JPJ lps nim

No comments: