15 July 2010

Minyak naek lagi

PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.

Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.

3 comments:

Norasikin said...

Dah dekat ramadhan mula la buat pasal

Tieah Madian said...

Haha..
Minyak petrol dan gula naik..
Pasni gerenti ade br2 yg lain plak naik..
Yelh, sbb myk petrol naik, kos pngkutan akn naik ckit..
Then, mula la nak naik kn hrga brg2 yg lain..

xazryx said...

jgn naik mendadak sgt sudah ar .