30 November 2010

terus berharap

aku tidak lagi mampu untuk fokus dalam menimba setitis ilmu yang tidak terkira banyaknya...fikiran yang melayang jauh menjadikan tumpuan aku kian hilang...terbang bersama angan-angan dan impian...mungkin ada yang mengatakan aku kuat berangan..ya aku akui..aku kekadangan sentiasa hanyut dalam angan-angan aku sendiri...yang adakalanya membuatkan terbit secalit senyuman dek angan-angan yang memang tidak pasti aku gapai...terdiam sejenak menikmati sunyi malam...sepi umpama tiada apa disisiku...umpama hidup jauh dari pandangan manusia...adakah suasana menjadikan aku sebegini...

berbekalkan rasa bimbang dan gundah memikirkan peperiksaan yang berbaki 2 subjek lagi...aku tersenyum sinis memandang nota yang bertimbun di sisi meja...tanpaku baca...tanpaku hafal...ia tetap disitu..tidak terusik..mata yang semakin layu membuatkan aku makin benci untuk memandang semua itu...ku tahu, itu semua ilmu yang akan menjadi bekal dalam perjalanan hidup ku yang belum tentu lagi bila sudahnya...tp aku ini manusia yang cepat mengalah...cepat merasa kecewa...

**terhenti seketika

ku belek lagi nota itu...namun tidak pula ku baca...sekadar memandang maklumat yang terlalu sukar untuk ku simpan di kotak mindaku...keresahan menjadikan aku tidak lagi boleh menerima yang lain... terkunci sudah...tiada ruang yang tinggal untuk ku selitkan ilmu itu... tp aku akan tetap cuba..kerana HARAPAN itu sentiasa ada dalam hatiku... berat rasa hati untuk ku tinggalkan harapan yang aku sendiri ciptakan...harapan yang membuatkan aku ke mari... datang beratus batu dari kampung kecilku...merantau ke negeri orang...hanya harapan yang ku bawa jauh bersamaku...meniti jalan dan laluan yang penuh rangjau dan rintangan...

ku kuat dalam lemahku...berusaha berdiri walau terasa sukar untuk ku tegakkan kaki yang kian pinjang...menegakkan kan muka yang kian tunduk..agar aku tidak tersungkur...jatuh bersama harapan yang ku kendong...agar tidak musnah harapan yang hanya aku tahu kandungannya... tetapku cuba lindungi harapan itu dengan perisai kesabaran yang nipis dan kian robek...selagi perisai itu mampu bertahan...selagi itu harapanku tidak akan pernah hilang...

harapan tidak akan hanya tinggal harapan... itu janjiku...

1 comment:

pal7 said...

terbaek la..belaja rajin2..bersemngat..harung saja..