25 June 2011

tahun ke-4

25.6.2007.... bersamaan dengan hari isnin..... lahirlah seorang lagi anak kecil dimuka bumi ciptaan Allah yang maha indah ini... hasil perkongsian hidup Kartini dan Syed Ahmad Fakrulrazi.. penantian beberapa bulan berakhir dengan kegembiraan dengan kelahiran anak kecil yang sihat dan sempurna sifatnya.... tersenyum riang wajah si papa dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya... tidak kurang aku dan keluarga... tidak terungkap dengan kata-kata bagaimana rasa itu.

25.6.2008.... genap setahun usia Syed Faris... anak kecil yang belum mengerti apa-apa itu dihadiahkan sebijik kek yang cantik.... kegembiraan jelas terpancar di wajah mamanya kerana sudah setahun anak itu membesar dengan sihat... setahun sudah melayan pelbagai kerenah nakal syed faris... pelbagai ragam di tunjukkan..... walaupun hanya sekadar sebiji kek... dan tiada majlis dilakukan... tp itu cukup menujukkan rasa sayang yang tak berbelah bagi dari seorang ibu kepada anaknya...


masa terus berlalu... tarikh 25.6.2009 pon menjelma... berlainan sengan tahun lepas... majlis dilakukan lebih meriah.... ade sedikit jamuan untuk jiran-jiran dan adik beradik terdekat... gembira hati bukan kepalang... anak kecil itu semakin mengerti dan semakin membesar dengan penuh kasih sayang....


tanggal 25.6.2010.... tiada majlis dilakukan..... mama dan papa bersama rakan kelab myvi membawa syed faris ke Genting Highland.... bercuti.... melayan anak yang sudah pandai "merempit".... minat dengan permainan lumba kereta dan motor... pantang lihat kerete yang mempunyai deruman enjin yang kuat... "tu kerete turbo tu".... kate anak kecil yang masih pelat bahasanya....


25.6.2011 sudah menjelma.... papa membawa syed faris main air di bukit gambang water park... tp kali ini lain keadaanya.... tiada lagi mama/mommy yang sentiasa akan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada syed faris.... tiada lagi bunyi bising dirumah kecilku itu... "besday faris dekat doh ning... mane hadiohnye???".... suare2 kecil yang tanpe segan silu meminta hadiah untuk anak kesayangannya itu....



tapi kini semua hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin akan terulang lagi... perginya seorang ibu yang amat menyanyangi satu-satunya permata hati... betapa hati ini tahu jika arwah mommy masih ade... inilah hari ulang tahun yang terindah Syed Faris Haikal bersama-sama adik baby... bukan rezeki faris untuk menyambut hari lahir bersama-sama dengan adik tahun ini... mane tahu tahun berikutnya... akan muncul adik baru... siapa yang tahu....
aku percaya... kalau arwah masih ada.... mesti akan dihadiahkan sebiji kek yang cantik untuk anak kesayangannya itu...

jauh disudut hati ini, masih lagi mengenangkan arwah yang jauh telah pergi... masih lagi aku belek2 gambar yang ditinggalkan untuk tatapan kami sekeluarga... mama pon masih lagi menyebut nama arwah dikala rindu.... walaupun aku kurang bercakap dan kurang meluahkan rasa hati... namun siapa yang tahu rasa hati ini... yang masih berlinangan air mata tatkala melihat gambar dan mengenang kenangan kami sekeluarga bersama-sama arwah tidak lama dulu.... beberapa hari lagi genap usia 6 bulan arwah pergi meninggalkan kami semua.... rindu dihati bukan kepalang.... namun aku redha... yang pergi tidak mungkin akan kembali lagi.... hanya satu doaku... semoga arwah tenang dan mendapat rahmat dari Allah yang maha Esa... semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.....

No comments: