09 February 2011

Fakta atau Auta

*Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

*Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

*Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

*Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

*Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

*Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

*Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

*Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

*Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

*Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

*Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .

*Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

*Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

*Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

*Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

*Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

*Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

*Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

No comments: